Salam dari KPMN

 (Dari kiri duduk: Dr Ramzah, Ipah, Dayang, Yani, Ratna, Hamdi, Sotimin. Berdiri dari kiri: Fazrul, Zul, Marina, Ann, Zainal @ Nana, Harisun, Maheran, Ani, Lina, Nizam, Ishraq, ibu Hamdi, Widad. Si comel dari kiri: adik sofia, sofia, sara, haziq, azim, imtias, anak abg Hamdi (lupe lak name), yang didokong: Ainan & anak abg Hamdi, yg depan sekali tu, enterprem lebih, Amir)

 

Assalamualaikum & Salam sejahtera kepada semua blogger.

 

KPM Norwich baru sahaja mewujudkan sistem blog. Tujuan utama blog ini di wujudkan ialah bagi membolehkan satu interaktif komunikasi antara pelajar-pelajar tidak kira lah samaada yang berada di tanah air mahu pun yang berada di luar negara. Atas inisiatif semua rakan-rakan, sistem blogger ini di wujudkan bagi membantu pelajar-pelajar baru untuk berkomunikasi dengan semua pelajar-pelajar di Norwich. Dengan jaringan komunikasi ini memudahkan lagi untuk semua rakan-rakan menyuarakan pendapat, persoalan dan sebagainya.

Untuk rakan-rakan yang mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan dengan kehidupan dan pengajian ketika berada di Norwich, anda boleh menghubungi kami di blog ini, atau menghantar email ke kpm_norwich@yahoo.com. Insya Allah, kami sedia membantu anda sedaya yang termampu.

KPMN adalah singkatan bagi ‘Kelap Pelajar Malaysia Norwich’ yang telah lama ditubuhkan bagi membantu pelajar-pelajar Malaysia di sini, tidak kira lah samaada anda pelajar program diploma, ijazah dan sebagainya. Setiap tahun kepimpinan KPMN silih berganti, namun begitu walau siapa pun yang menerajuinya KPMN tetap sedaya upaya melakukan yang terbaik.

Kepimpinan KPMN 2008

Pada tahun 2008, KPMN diterajui oleh:

  1. Pengerusi : En. Hamdi Mahmood
  2. Naib Pengerusi : Pn. Harisun Yaakob
  3. Bendahari : Pn. Maheran Mohamed
  4. Setiausaha 1: Cik Sharifah Norkhadijah Syed ISmail
  5. Setiausaha 2: Pn. Ratna Wahid

Kami boleh dihubungi di alamat email yang telah dinyatakan. Besarlah harapan kami, agar sistem blog ini boleh membantu serta merapatkan lagi ukhuwah antara komuniti Malaysia di luar negara.

Salam Hormat.

kpm_norwich@yahoo.com

 

P/s: Kami mengalu-alukan sekiranya ada di antara rakan-rakan yang berkesempatan untuk menyumbangkan artikel bagi memeriahkan lagi blog ini. Sebarang artikel, pengumuman dan maklumat yang ingin di kongsi bersama boleh email pada pah (S.Syed-Ismail@uea.ac.uk) untuk di muatkan dlm blog nie. Terima kasih.

Responses

  1. Tahniah for this excellant job!.

    Saya tengah fikir few things for the club. Will get back to you later.

    Kind Regards,

    Hamdi

  2. salam, wah lama tak dengar kabar orang Norwich. Apa kabar? tetiba teringat kat kak lina (nana) and semua warga Norwich. Tahniah di atas kelahiran blog ini. saya rasa memang amat bermanfaat supaya mereka yang baru datang boleh dibantu.

    p/s: teringat masa dayang mula-mula sampai, dia tak tahu ada org malaysia kat norwich🙂

    • salam, kak lina n nana still ade di norwich, nana tengah sebok abiskan writing. thanks fr the complement. Oh, kesian dyg…hehhe pengasas blog ni pun dulu mase first2 time dtg norwich tak tau ade malaysian di sini. atas kapasiti itu lah blog ni ditulis, harap2nye dpt tolong kwn2 yg nak ke sini…:)

  3. Salam,
    Panggil saya Kak Laili. InsyaAllah saya akan sampai ke bumi Norwich Sept nanti. Akan mendaftar PhD di CAP, UEA pada 1 okt nanti. Tengah cari2 rumah. Boleh bantu ke? Akak akan sampai dgn 2 orang anak (boy, 11 and girl, 10). Hubby akan ikut jugak tapi tak lama…may be 1 month…On and off.
    Akak dah try contact accom office tapi dia kata tak sesuai coz anak2 dah besar. Rasanya nak jugak duduk kat Suffolk Walk. Nak dekat dgn kampus kalau boleh.
    Any Helps? Terima kasih banyak kepada Sham yang telah sudi membuka laluan untuk contact KPM Norwich.

    • salam kak laili, dah dpt reply dr KPMN? macam mane progress?

      • InsyaAllah akak sampai di bumi Norwich pada 17 Oct 2009 jam 10.30 pagi bersama suami dan 2 anak. Zul dan Syam kata nak amik di airport.Akak dapat rumah di Suffolk Walk. Harap dapat jumpa you all

  4. Salam semua, InsyaAllah akak sampai di bumi Norwich pada 17 Oct 2009 jam 10.30 pagi bersama suami dan 2 anak. Zul dan Syam kata nak amik di airport.Akak dapat rumah di Suffolk Walk. Harap dapat jumpa you all.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: