Posted by: kpmn | June 16, 2008

Selamat Hari Bapa

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat rakan-rakan,

Sekiranya bulan lepas, kite telah pun menyambut hari ibu, kini tibalah pula giliran bapa utk diraikan sempena hari bapa semalam, iaitu Ahad 15 Jun.

Bukan lah bermaksud hari tertentu sahaja utk mengingati insan2 teristimewa ini, mungkin pada hari yang di raikan mengingatkan kite lebih pada insan yg mungkin sedikit kite lupakan.

Bapa sinonim dengan perkataan ‘garang’, ‘serius’, ‘tak mesra alam’ dan sebagainya. Kite juga selalu dijamu, dengan ayat-ayat menakutkan “tunggulah bapa kau balik”, “AYAHHHH!!!!”, “siaplah kalau abah tau”, “kau nak kene dengan ayah???” dan banyak lagi, itu lah lesen ibu utk mengingatkan kite, betapa seriusnye ayah ketika mendidik.

Bapa, ayah, abah, walid dan sebagainya antara panggilan2 yang ditujukan khas buat insan bergelar bapa. Ada juga bapa yang menggunakan diplomasi dlm mendidik anak2. Namun begitu, walau apa pun identiti seorang bapa, mereka memainkan peranan yang cukup hebat dlm mentadbir sesebuah keluarga. Tanpa mereka tidak mungkin dpt membentuk individu yg berjaya dlm hidup dunia dan akhirat.

Bapa juga insan biasa, kerapkali melakukan kesilapan dan kesalahan. Walau apa pun kesalahan yang pernah mereka lakukan, maafkan lah mereka dengan hati yang terbuka. Manusia tidak pernah lari dan tidak pernah akan dpt lari dr melakukan kesilapan. Memberi kemaafan itu adalah merupakan dendam paling terindah.

Semoga semua para ‘bapa’ dapat menjadi ketua keluarga yang baik dgn bantuan dan sokongan para ibu dan anak2. Sampaikan lah salam ini kpd para suami & bapa yg tidak dihubungi melalui blog ini.

Doa dipanjatkan buat bapa yang telah kembali menemui yg Esa. Semoga mereka bersemadi dengan aman dan gembira di sana.

Bersama2 ini disertakan video buat rkn2

(sediakan tisu, kain atau ape2 yang patut….jgn nangis yek…:-)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: