Posted by: kpmn | June 9, 2008

Thank you from Ainan Salsabila for cherish her b’day party!!!

Assalamualaikum wbh dan salam sejahtera,

Alhamdulillah Majlis sambutan harijadi anak kami, Ainan Salsabila telah selamat disempurnakan dengan meriahnya semalam. Semua ini berkat kerjasama dan sokongan dari rakan-rakan semua termasuklah rakan-rakan proton.Tanpa kalian semua pasti semua ini tidak akan menjadi nyata..

Justeru, kami sekeluarga ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan-rakan yang telah sudi meluangkan masa memeriahkan lagi suasana sambutan harijadi ini dan juga terima kasih atas hadiah-hadiah yang diberikan-cantik-cantik dan hebat2 belaka!Terima kasih.

Penghargaan ini juga ditujukan khas kepada Kak Sham sekeluarga dan widad yang dari awal bersusah payah membantu hinggalah majlis berakhir. Sejuta penghargaan juga diucapkan kepada kak harisun dan Kak umi sekeluarga yang turut sama-sama menyumbang tenaga sepanjang majlis diadakan. Jazakumullahu khair..

Buat ernie, terima kasih atas kiriman gambar semalam.

Serius canteek!:) Maaf juga dipohon andai layanan yang diberikan dan santapan yang dihidangkan tidak seberapa,namun harapnya semua rakan-rakan tidak kecewa dan tidak serik untuk hadir lagi andai ada jemputan seumpamanya di masa-masa akan datang..

Sekian sahaja, terima kasih sekalung budi, panjang umur kita berjumpa lagi..insya’allah.. Illalliqa’ ma’assalamah.. Assalamualaikum wbh.

Kami, Ustaz sofie, maheran dan ainan salsabila

Posted by Maheran

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: