Posted by: kpmn | May 21, 2008

Selamat Hari Ibu & Selamat Hari Guru

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat rakan-rakan,

Saya bagi pihak KPMN ingin mengambil kesempatan ini walaupun agak terlewat
untuk mengucapkan ‘Selamat Hari Ibu’ kepada rakan-rakan yang telah
bergelar ibu bersempena dengan sambutan Hari Ibu di Malaysia iatu pada 11
Mei 2008. Ucapan khas juga buat ibu-ibu kita yang “terbaik”, yang sedang
berada di tanah air, tanpa mereka kita tidak mungkin berada di sini.

Bersempena dengan sambutan Hari Guru pada hari ini 16 Mei 2008, ucapan
khas juga buat semua pensyarah / tutor (bakal pensyarah la tu kan)/guru/
pengajar di institusi, yang sedang bertungkus lumus dalam pengajian,
semoga penat lelah ini di rahmati dan diberkati yang Maha Kuasa.

“dalam ajarmu ada harapan
dalam tegurmu ada doa
dalam marahmu ada sayang
dalam tawamu ada mesra
dalam diammu ada bijaksana
dalam tanganmu manusia terbina
DIRIMU ada JIWA seorang GURU……”

Buat ibu dan guru yang telah kembali menemui yang Esa, marilah
bersama-sama kita mendoakan kesejahteraan mereka. Al-fatihah.

Sekadar buat renungan bersama.

Salam.

Posted by Ipah


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: