Posted by: kpmn | August 7, 2008

Multivitamin ade gelatin????

 

Dipanjangkan e-mal drpd Ust Erfino berkenaan multivitamin dan gelatin:

“Assalamualaikum

Mohon maaf atas kelewatan memberi respons. Kemungkinan banyak e mail yang
masuk menyebabkan tertangguh secara tidak sengaja. Saya telah mendapatkan
pengesahan dari doktor-doktor perubatan di sini, dan mereka menyatakan
bahawa ubatan jenis kapsul memang mempunyai gelatin. Bagi multivitamin,
dicadangkan untuk mengambil multivitamin dalam bentuk tablet yang ada di
pasaran. antara yang boleh dibeli di Tesco ialah Kordell. Kita di larang
mengambil ubatan yang mengandungi gelatin. Sekiranya ada kecemasan, maka
barulah dibuka ruang untuk keharusan case by case. Wallahu a’lam

 

Posted by Dayang

Posted by: kpmn | July 28, 2008

Pensyarah Ph.D dinaikkan ke gred 51????

Utusan Malaysia Online Sabtu 26 July 2008

PUTRAJAYA 25 Julai – Kerajaan bersetuju supaya semua pensyarah di institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang mempunyai kelayakan ijazah doktor falsafah (Ph.D) dinaikkan ke gred 51.

Mengikut Skim Perkhidmatan Pensyarah Universiti, mereka sepatutnya hanya dilantik ke gred 45.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, calon-calon yang mempunyai Ph.D dianggap mempunyai kecemerlangan yang tinggi dalam memperkasakan kualiti pengajaran dan pembelajaran di IPTA.

Pada masa sama, kata beliau, bagi calon-calon dari industri yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang tertentu juga boleh dilantik terus ke gred 51 untuk berkhidmat sebagai pensyarah.

“Ini supaya mereka dapat bersama-sama membantu meningkatkan kecemerlangan di IPTA.

“Kesemua keputusan ini terkandung dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang akan dikemukakan kepada Kabinet minggu depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Akademik Negara 2007 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, semua IPTA wajar memastikan kenaikan gred untuk pensyarah berkelulusan Ph.D itu dilaksanakan dengan segera.

“Ini supaya matlamat Pelan Strategi Pendidikan Tinggi Negara dalam memperkasakan IPTA dapat direalisasikan melalui pengambilan tenaga akademik yang berkualiti, berpengetahuan dan berpengalaman luas,” katanya.

 Posted by Azhar

Posted by: kpmn | July 21, 2008

Want advice on literature review writing?

TIPS on Writing Literature Review  (Clark, 2007:103-124)

 

When planning your review, ask yourself the following questions:

  1. what is my central question or issue that the literature can help define?
  2. what is already known about the topic?
  3. is the scope of the literature being reviewed wide or narrow enough?
  4. is there a conflict or debate in the literature?
  5. what connections can be made between the texts being reviewed?
  6. what sort of literature should be reviewed? Historical? Theoretical? Methodological? Quantitative? Qualitative?
  7. what criteria should be used to evaluate the literature being reviewed?
  8. how will reviewing the literature justify the topic I plan to investigate?

 

LR must be able to serve its function i.e. to justify the approach to the topic and develop a rationale for exploring it.

Several key terms that u might reflect as u write:

  • Compare & Contrast – different authors view
  • Criticize – method or perspectives in previous work, thereby showing the importance f your own.
  • Highlight - gaps in existing research
  • Show – your study relates to previous lit. and is superior in some way.
  • Identify – a problem, conflict, debate, or gap in the lit.
  • Define – a research area in a new way.
  • Question – the results of previous work.

 

It is not intended that u summarize every text that relates to your topic – only those that are considered most relevant and significant to the direction you are pursuing. So, how to do it?

1) preview the text briefly - look for statements of purpose of the article.  Write a predictive summary of what the main point or perspective of this source might be. (Imp so that you don’t waste time).

2)  Interact with the text – by engaging in a critical dialogue with it.  Determine how much of it to accept, determine its value, decide whether you plan to include it in your LR. This involves: (Read more carefully, but not every sentence)

  • evaluating the credibility of author
  • examine theoretical or methodological premise
  • probe for unstated underlying assumptions
  • assess type of evidence/ support used
  • do u agree with method or approach?
  • does the author seem biased?
  • can the source be linked to others?

 

Then, take actual notes, if possible on the computer then print them.

Place them in folders, organized either by author’s last name or by subject.

In LR, don’t try to include every work u have read.  Only include those that pertain directly to your topic and justify the approach you plan to develop in your thesis.

 

posted by Ratna

Posted by: kpmn | July 18, 2008

Ganjaran menderma darah

Dipetik dari Utusan M’sia 29/6/08

Ganjaran menderma darah

Jawapan: Terima kasih atas keperihatinan anda. Kebetulan saya baru sahaja membaca artikel mengenai perkara ini. Dr. Yusuf al-Qaradhawi, ulama tersohor masa kini dalam laman Islam on line net., menyatakan, menderma darah adalah satu sedekah yang paling tinggi nilainya. Seseorang yang sedang sakit, memerlukan darah dan jika anda menderma kepadanya, ia merupakan satu amalan menyelamatkan kehidupan seseorang itu. Ganjarannya cukup besar di sisi Allah SWT.

Islam memandang manusia itu sejenis makhluk yang mulia. Jadi, jika memberi minum kepada haiwan atau menolong menyelamatkan haiwan pun besar pahalanya, apatah lagi menyelamatkan nyawa seorang insan yang dimuliakan Allah itu.

Maka jika yang menderma itu terdiri daripada kaum kerabatnya sendiri, sudah tentu ganjaran Allah berganda kerana ada hadis yang mahukan dipererat hubungan keluarga dan menghubungkan silaturahim itu. Demikian juga jiran, rakan dan sebagainya. Malah menderma darah kepada orang yang berseteru pun baik supaya menjadi rapat kembali selepas berseteru.

Akademi Fekah Islam, Mekah juga memfatwakan bahawa, menderma darah atau organ anggota kepada orang yang memerlukan darah atau anggota lain, satu amalan baik. Malah al-Qaradhawi pernah menyeru umat Islam di Amerika supaya menderma darah kepada orang ramai yang bukan Islam yang terlibat dengan serangan 11 September 2001 dahulu. Justeru ini termasuk amalan yang baik kepada sesama manusia.

Dalm hal ini tidak ada beza antara sedekah kepada orang Islam dan bukan Islam.

Perkara ini bolehlah dibandingkan dengan menyelamatkan orang yang sedang lemas, wajib mereka diselamatkan. Ketika itu kita tidak perlu memilih adakah si lemas itu seorang muslim atau tidak. Jika binatang pun kita perlu selamatkan, inikan pula manusia. Ia termasuk dalam perintah Tuhan “Bekerjasamalah kamu dalam urusan kebaikan dan takwa dan jangan bekerjasama dalam perkara perseteruan”.

darurat

Mungkin ada mereka yang bertanya, apa hukumnya pula orang yang liat untuk menderma darah? Jawabnya, oleh kerana perkara menderma darah ini hukumnya “harus” maka yang menderma akan dapat pahala besar, sementara yang tidak ingin menderma darah mereka, terhalanglah daripada mendapat ganjaran yang besar itu.

Dalam keadaan luar biasa, umpamanya darurat, menderma darah merupakan fardhu kifayah. Namun jika kerana menderma darah itu boleh membawa bahaya kepada seseorang penderma, tidaklah perlu mereka menderma darah.

Usaha tahunan seperti hari menderma darah patutlah diteruskan. Orang ramai perlu memberi respons positif dalam hal seperti ini. Kita tidak perlu ragu-ragu untuk melakukan perkara baik. Apatah lagi ia mungkin membawa kebaikan daripada segi kesihatan kepada individu tertentu. Dari segi hukum ia bertepatan dengan “maqasid/ tujuan syariat” untuk memelihara jiwa yang ada dalam hukum Islam.

Jika kita perlu membantu orang lain dengan sesuap makanan atau seteguk air pada hari kebuluran, orang yang sedang sakit memerlukan titik-titik darah untuk menyambung hayat mereka.

Apa yang lebih penting lagi, tanpa mengira muslim dan bukan muslim pendermaan darah ini boleh mempereratkan hubungan di antara satu sama lain. Justeru itu darah tidak boleh dijual. Jika dijual maka yang mengambil bayaran dikira berdosa.

Berdasarkan keperluan pesakit pada darah, jika semua orang tidak mahu menderma darah, maka pihak berwajib boleh mengadakan peraturan mewajibkan pendermaan dengan syarat tertentu, bagi mereka yang ada keupayaan. Ini sudah diputuskan oleh Majlis Fatwa Mesir dengan syarat ada kelulusan pakar yang adil dalam perkara tersebut.

Justeru itu, sesiapa yang tidak ingin menderma darah bererti menghalang dirinya daripada mendapat ganjaran besar di sisi agama. Islam juga tidak mengira kebajikan seumpama ini untuk orang Islam mahu pun bukan Islam. Malah jika tidak ada mereka yang ingin menderma darah terutama pada waktu darurat pihak berkuasa boleh memaksa, walau pun dalam keadaan biasa ia merupakan urusan yang diharuskan sahaja. Marilah bersama-sama kita menderma darah. Setitik darah yang anda dermakan, bererti menghidupkan nyawa seorang manusia. Hidup untuk berbakti. Wallahualam.

Posted by Hamdi

Posted by: kpmn | July 18, 2008

Barangan dr kulit khinzir

Assalamualaikum wbt,

Sukacita saya panjangkan pula email dr Ustaz Erfino Johari berkenaan
dengan barangan yang dibuat dr kulit khinzir (babi) untuk panduan semua

Wassalam
Harisun

” Waalaikumussalam

Pada asasnya, tidak perlu samak jika memegang, tersentuh atau terkena
barangan yang diperbuat atau mengandungi kulit khinzir. Dibasuh secara
biasa adalah memadai sekiranya perlu untuk menghilangkan kekotoran
bersifat zat (yg nampak), bau dan warna.
Kesimpulan dari perbahasan yang panjang dari Muslim European Council
dalam hal ini, barangan buatan kulit khinzir boleh dipakai dan diguna,
tanpa samak. Namun ,mereka turut menyatakan asas perkara yang perlu
dipertimbangkan oleh pengguna muslim iaitu;

1. adakah kita sampai ke tahap memang perlu untuk menggunakan barangan
buatan/jenama tersebut, atau adakah alternatif lain di pasaran?”

Posted by Harisun

Posted by: kpmn | June 27, 2008

Solat Maghrib dan Isya’ di musim panas

 

 

Assalamualaikum wbt,

Sukacita saya panjangkan email Ustaz Erfino (Attase Pendidikan-Hal Ehwal Agama, MSD) untuk panduan kita bersama mengenai ibadah solat (maghrib dan isyak) pada musim panas ni. 

Diharapkan saya dan rakan-rakan tak keliru atau was-was lagi, sedang solat kewajipan kita sebagai seorang Muslim. 

Sekian dimaklumkan utk panduan bersama.

Regards Fazrul

 

By Ustaz Erfino:

” Berkenaan solat. Saya lebih cenderung dengan pendapat ketiga iaitu jamak antara maghrib dengan Isyak, sepertimana yang telah difatwakan oleh Islamic European Council, based in Dublin, dan dipengerusikan oleh Dr Yusuf Qardawi. Hadith yg diguna pakai untuk rukhsah ini jelas dan sahih. Sememangnya dalam musim panas, secara teknikalnya, sukar untuk menentukan masuk waktu Isyak, lantaran maghrib yang lewat dan subuh yang awal. Oleh kerana itu, nabi sendiri pernah jamak antara maghrib dan isyak, dan zuhur dan asar (during winter), walaupun tidak bermusafir, tidak sakit dan tidak hujan (masalah ketidaktentuan cuaca), atas alasan tidak mahu menyukarkan keadaan umatnya. Oleh itu, gunalah cara ketiga iaitu jamak isyak dengan maghrib dalam waktu maghrib.”

 

Posted by Fazrul

Posted by: kpmn | June 16, 2008

Selamat Hari Bapa

    

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat rakan-rakan,

Sekiranya bulan lepas, kite telah pun menyambut hari ibu, kini tibalah pula giliran bapa utk diraikan sempena hari bapa semalam, iaitu Ahad 15 Jun.

Bukan lah bermaksud hari tertentu sahaja utk mengingati insan2 teristimewa ini, mungkin pada hari yang di raikan mengingatkan kite lebih pada insan yg mungkin sedikit kite lupakan.

Bapa sinonim dengan perkataan ‘garang’, ’serius’, ‘tak mesra alam’ dan sebagainya. Kite juga selalu dijamu, dengan ayat-ayat menakutkan “tunggulah bapa kau balik”, “AYAHHHH!!!!”, “siaplah kalau abah tau”, “kau nak kene dengan ayah???” dan banyak lagi, itu lah lesen ibu utk mengingatkan kite, betapa seriusnye ayah ketika mendidik.

Bapa, ayah, abah, walid dan sebagainya antara panggilan2 yang ditujukan khas buat insan bergelar bapa. Ada juga bapa yang menggunakan diplomasi dlm mendidik anak2. Namun begitu, walau apa pun identiti seorang bapa, mereka memainkan peranan yang cukup hebat dlm mentadbir sesebuah keluarga. Tanpa mereka tidak mungkin dpt membentuk individu yg berjaya dlm hidup dunia dan akhirat.

Bapa juga insan biasa, kerapkali melakukan kesilapan dan kesalahan. Walau apa pun kesalahan yang pernah mereka lakukan, maafkan lah mereka dengan hati yang terbuka. Manusia tidak pernah lari dan tidak pernah akan dpt lari dr melakukan kesilapan. Memberi kemaafan itu adalah merupakan dendam paling terindah.

Semoga semua para ‘bapa’ dapat menjadi ketua keluarga yang baik dgn bantuan dan sokongan para ibu dan anak2. Sampaikan lah salam ini kpd para suami & bapa yg tidak dihubungi melalui blog ini.

Doa dipanjatkan buat bapa yang telah kembali menemui yg Esa. Semoga mereka bersemadi dengan aman dan gembira di sana.

Bersama2 ini disertakan video buat rkn2

(sediakan tisu, kain atau ape2 yang patut….jgn nangis yek…:-)

Posted by: kpmn | June 11, 2008

Ade sape2 nak beli pc?

 BRAND NEW!!!!

 

Device Specifications Features
Processor AMD – X2 2.5GHz – Energy Affection Run Antivirus and HD Movies at the same time without worry about slowing down 
Memory    1GB – DDR II – 800MHz Gives you power to run multiple program at the same time 
Hard Drive 250GB – 16MB Buffer – SATA II Store more than 50 DVDs on your hard drive. 
Graphic Card   Radeon X1250 -OnboardX1 VGAX1 DVI

 

Play HD Movies and DVDs, Run entry level games with perfect visual!
Optical Drive   DVD R/W Watch DVDs, copy them, and write them.
Motherboard X6 USB DriveX1 Network Card- Ethernet      GigabitsX1 Parallel connection   
Operation System   XP Professional SP3  Vista Home Premium SP1 Work in fast, safe improved and crash free environment.
Mouse and Keyboard X1 Mouse – OpticalX1 Keyboard – Wired   
Software Anti-VirusAnti-SpywareDVD Player

Multimedia player

Starter Kit

Latest Drivers

 

Work safe!
Case  Black Very quite Case perfect for future upgrades

TOTAL : £190

Call : Mobile 07731181720 – Amir

Any upgrades will be made, like gaming computer or bigger memory extra charge.

LCD Monitor : £49

Speakers : £10

Free installation. Transferring your old computer’s data to the new one with extra charge.

Delivery: Could be picked up locally

Or

Postage £20 to anywhere in England

Address: Lindford Drive, NR4 6LR

 

 

 

 

Assalamualaikum wbh dan salam sejahtera,

Alhamdulillah Majlis sambutan harijadi anak kami, Ainan Salsabila telah selamat disempurnakan dengan meriahnya semalam. Semua ini berkat kerjasama dan sokongan dari rakan-rakan semua termasuklah rakan-rakan proton.Tanpa kalian semua pasti semua ini tidak akan menjadi nyata..

Justeru, kami sekeluarga ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan-rakan yang telah sudi meluangkan masa memeriahkan lagi suasana sambutan harijadi ini dan juga terima kasih atas hadiah-hadiah yang diberikan-cantik-cantik dan hebat2 belaka!Terima kasih.

Penghargaan ini juga ditujukan khas kepada Kak Sham sekeluarga dan widad yang dari awal bersusah payah membantu hinggalah majlis berakhir. Sejuta penghargaan juga diucapkan kepada kak harisun dan Kak umi sekeluarga yang turut sama-sama menyumbang tenaga sepanjang majlis diadakan. Jazakumullahu khair..

Buat ernie, terima kasih atas kiriman gambar semalam.

Serius canteek!:) Maaf juga dipohon andai layanan yang diberikan dan santapan yang dihidangkan tidak seberapa,namun harapnya semua rakan-rakan tidak kecewa dan tidak serik untuk hadir lagi andai ada jemputan seumpamanya di masa-masa akan datang..

Sekian sahaja, terima kasih sekalung budi, panjang umur kita berjumpa lagi..insya’allah.. Illalliqa’ ma’assalamah.. Assalamualaikum wbh.

Kami, Ustaz sofie, maheran dan ainan salsabila

Posted by Maheran
Posted by: kpmn | June 1, 2008

Selamat Menyambut Pesta Menuai

 

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat rakan-rakan,
Saya bagi pihak KPMN ingin mengucapkan Selamat menyambut pesta menuai
kepada rakan-rakan kite yang berasal dari Sabah dan Sarawak.

“Kotobian tadau tagazo da kaamatan & Gayu guru gerai nyamai!!”

bersempena dengan Hari Keamatan iaitu pada 30-31 May dan Pesta Gawal 1-2 Jun.

Disertakan link tersebut utk tatapan rakan2…enjoy!!!

http://youtube.com/watch?v=JEAPDlfYP6E

http://youtube.com/watch?v=y9DWrv91RHs

« Newer Posts - Older Posts »

Categories