Panduan Umum di UK

PANDUAN UMUM KEPERLUAN DI UK

(NORWICH, ENGLAND)

 *PANDUAN INI HANYALAH UNTUK MAKLUMAT AHLI. PANDUAN INI DISEDIAKAN BERDASARKAN PENGALAMAN INDIDVIDU. PIHAK KAMI KPM-NORWICH TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TENTANG KETEPATAN FAKTA.

 PASSPORT DAN VISA

Passport

Tempoh sahlaku passport bagi perjalanan ke luar negara hendaklah melebihi 6 bulan dari tarikh perjalanan.

Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman web berikut:www.imi.gov.my

Visa

Warganegara Malaysia yang akan berada di United Kingdom bagi tempoh yang melebihi 6 bulan perlu memperoleh visa bagi dirinya dan keluarga.

Selain passport, antara dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan semasa mengemukakan permohonan ialah:

  • Surat tawaran universiti
  • Surat ‘financial affidavit’ oleh penaja
  • Perjanjian sewa rumah di Norwich atau surat tawaran penginapan oleh universiti
  • Sijil nikah (bagi yang berkenaan)
  • Sijil pendaftaran kelahiran (bagi yang berkenaan)

Semua pertanyaan dan permohonan visa boleh dibuat di UK Visa Application Centre  yang beralamat seperti berikut:

Suite 19-05
19th Floor
Wisma MCA
163 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Tel: (03) 2164 9323 or 2168 8603

Kos visa ialah RM 578 seorang dan kos perkidmatan ialah RM 50 seorang.  Maklumat lanjut boleh diperoleh dari laman web berikut: www.britishhighcomission.gov.uk

 

PENGANGKUTAN

 Kapal Terbang

 Lapangan Terbang terdekat: Norwich International Airport

(KLIA – Schipol, Amsterdam – Norwich :  MAS/KLM)

Norwich International Airport – UEA = 6 miles

*untuk memudahkan perjalanan dinasihatkan datang melalui Norwich airport.

 

Heathrow Airport (London) – UEA = 150 miles

(KLIA -Heathrow)

Bus: £40,  Teksi: £150

*agak jauh dan kawalan ketat imigresen dan kastam di lapangan terbang.

 

Bas

Syarikat bas yang beroperasi ke UEA adalah First Bus Service.  Tiket tahunan bas boleh dibeli di Union Travel Shop, UEA dengan harga £128 setahun untuk perjalanan tidak terhad  dalam zone 1 – 4 Norwich.  Tiket harian pula berharga £1.05 – £3.00 bergantung kepada jarak perjalanan.  Perkhidmatan First Bus Service ke destinasi UEA adalah dengan bas masing-masing bernombor 21/22 (Sprowston – Norfolk & Norwich University Hospital (NNUH)), 25 (Norwich Rail Station -NNUH) dan 26/27 (Horsford/Hellesdon – UEA).

Perkhidmatan harian ke London iaitu Jetlink atau National Express dari stesen bas Norwich bermula jam 0830 pagi (sampai 1130 pagi) dan berangkat pulang dari Victoria Station, London paling lewat jam 18.00 petang (sampai 21.00 malam) pada kadar tambang £12 (dewasa) dan £10 (kanak-kanak dan pelajar).  Perkhidmatan Jetlink nombor 727 berlepas setiap jam dari terminal  bas Heathrow ke stesen bas Stesen dan UEA.  Perkhidmatan bas ke Heathrow juga bermula di UEA.  Perjalanan Norwich – Heathrow mengambil masa 4 jam 30 minit. 

 

Keretapi

Perjalanan keretapi dari stesen keretapi Norwich ke stesen Liverpool Street mengambil masa 1 jam 45 minit dengan kekerapan setiap 30 minit. Setiap perjalanan akan singgah di stesen-stesen diantaranya Ipswich, Chemsford dan Colchester.  Selain ke London, perkhidmatan keretapi dari Norwich turut beroperasi ke destinasi seperti Great Yarmouth, Cambridge dan Peterborough yang seterusnya ke rangkaian keretapi lain di Britain.

Teksi

Perkhidmatan teksi boleh didapati dengan mudah di hentian-hentian teksi sekitar Norwich ataupun dengan panggilan telefon. Di antara syarikat teksi yang beroperasi di Norwich adalah ABC (01603 666333), Beeline (01603 767676), 5 Star Taxis Ltd. (01603 455555), Allstar Taxis (01603 744444/ 0800 575 575), Bestway Taxis (01603 666666) dan Bettacar (01603 747474).

Kad Diskaun

Sebagai pelajar, kita layak untuk mendapatkan diskaun tambang pengangkutan awam seperti bas dan keretapi.  Kad-kad diskaun iaitu Young Person Railcard (umur di bawah 25 tahun) atau Mature Student Card dengan mengisikan borang beserta bayaran £20 setahun di Union Travel Shop, UEA..  Family Railcard pula boleh didapati di stesen keretapi Norwich dengan harga £20 setahun untuk mendapatkan kadar diskaun 1/3 untuk dewasa atau 60% kanak-kanak untuk mana-mana perjalanan keretapi di Britain.  Setiap Family Railcard membolehkan diskaun perjalanan 4 orang dewasa dan 4 kanak-kanak.

 Lesen Memandu

Perlu diingatkan bahawa lesen memandu Malaysia cuma layak digunakan selama setahun dari tarikh mula sampai ke United Kingdom.  Selepas setahun, pelajar digalakkan untuk mengambil ujian untuk mendapatkan lesen memandu United Kingdom.  Ujian-ujian teori berkomputer boleh ditempah di Driving Standards Agency (DSA), Norwich dan setelah lulus digalakkan untuk belajar memandu secara amali sebelum membuat tempahan ujian memandu.  Kelas-kelas memandu boleh didapati dengan mendaftar dengan syarikat-syarikat seperti RCA dan AA pada kadar sekitar £10 – £20 sejam.

 

Pembelian Kereta:

Sebelum membeli kereta, pelajar dinasihatkan agar memastikan tujuan pembelian kereta iaitu samada untuk tujuan pengangkutan ke universiti dan sekitar Norwich/Norfolk, melancong di sekitar United Kingdom atau membawa pulang ke Malaysia kerana ini akan mempengaruhi harga dan jenis kereta yang akan dibeli.  Kereta-kereta terpakai adalah mudah didapati daripada iklan-iklan di media cetak atau internet, secara online Autotrader UK, kedai-kedai menjual kenderaan, garaj, di tepi jalanraya, pelajar UEA maupun secara lelong.  Lazimnya, pelajar Malaysia membeli kereta dengan nilai £400 – £1000 untuk memudahkan perjalanan setiap hari selain melancong di United Kingdom.  Sebelum membeli kenderaan, sila pastikan kereta terbabit mempunyai Sijil Ujian MOT VT20, Vehicle & Operator Services Agency (VOSA) yang masih berkuatkuasa.  Insuran kereta boleh didapatkan secara online dari mana-mana syarikat insuran seperti Norwich Union Insurance, AA Insurance, Elephant.Co Insurance, Endsleigh Insurance dan lain-lain lagi. Cukai kereta boleh dibeli dengan membawa cukai dan Sijil Ujian MOT yang berkuatkuasa di pejabat-pejabat pos seperti di Bowthorpe dan Castlemall Shopping Complex pada kadar masing-masing £90  dan £160 untuk 6 bulan dan 1 tahun.  Kos bagi menyenggara kereta adalah tinggi di United Kingdom.  Namun. kebiasaannya pelajar Malaysia di Norwich menghantar kereta di bengkel Richard Gorrod (no telefon:  ????) atau Saudara Rasheed (no. telefon: ????) untuk mendapatkan upah yang berpatutan.  

 

AP Kereta

Pelajar yang bercadang membawa pulang kereta ke Malaysia, syarat-syarat am yang perlu dipatuhi adalah mestilah berada di luar Malaysia untuk minima 1 tahun, kenderaan terbabit hendaklah didaftar dan diinsurankan di atas nama pelajar untuk tempoh sekurang-kurangnya 9 bulan dan balik secara kekal ke Malaysia.  Borang-borang AP (Application of Import Licence for Personal Vehicle) – Borang  J.K.69 boleh dibeli di Percetakan Nasional Berhad, Kuala Lumpur atau mana-mana cawangannya.  Di United Kingdom, sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada  Malaysian Trade Commission, 17 Curzon Street, London W1. Telephone (020-74997388 atau email: kamaludin@clara.net).

 *Harga petrol: £0.90  – £1.00 satu liter (berubah ikut pasaran harian)

(kereta 1000cc=10pences/mile, 1500cc=15p/mile, 2000cc=20p/mile, 2400cc=25p/mile)

 

KEMUDAHAN TEMPAT TINGGAL

 University Accomodation

 Terdapat beberapa kemudahan penginapan universiti:

Guest House (untuk tempoh yang singkat)

UEA family housing

Terdapat di 4 lokasi iaitu; Norfolk Terrace, Suffolk Terrace, UEA village di Wilberforce Road dan Bateman Close. (Antara £400 – £592 sebulan)

 

Hostel (single)

Di dalam kampus (Antara £50 – £90 seminggu)

Maklumat lanjut boleh didapati daripada laman Web UEA

 

City Council Accomodation

Terdapat rumah/bilik milik City Council/BroadLand tetapi buat masa ini sudah kurang diberikan peluang sewa kepada pelajar ((Antara £200 – £400 sebulan)

 

Rumah Persendirian (Berdekatan Uea)

Terdapat rumah/bilik sewa samada diuruskan sendiri oleh tuan rumah atau pun melalui agensi.  Biasanya diiklan didalam akbar harian tempatan Eastern Daily Press (EDP) hari Selasa, iklan pada papan iklan di depan rumah atau di dalam laman web. 

 

Sewa

Sewa bulanan bergantung kepada lokasi, jumlah bilik, furnished/unfurnished, garage, parking area,…

1 bilik: £200 – £300

2 bilik: £490 – £600

3 bilik: £600 – £750

4 bilik: > £750

 

*unfurnished: cooker dan build-in cabinet sahaja

*furnished/semifurnished: cooker, peti ais/freezer, mesin basuh, dryer, perabut, katil, tilam, meja makan, vacuum cleaner,  ….*ikut keadaan rumah

Deposit: sejumlah 1 atau 2 bulan sewa. (Mungkin sehingga 5 bulan sewa)

Damage Deposit: £100 hingga sebulan sewa

Yuran proses: £100 -  £150 (*dikembalikan jika permohonan tidak berjaya, *lupus jika tidak menerima tawaran)

 

Lokasi

Kebanyakan pelajar Malaysia tinggal disekirat UEA iaitu di kawasan poskod NR4, NR5 dan NR2 di dalam jarak tidak melebihi 4 batu (6 km).  Untuk sesetengah lokasi walaupun jaraknya dekat dengan UEA tetapi tiada bus access terus ke kampus.  Dalam hal ini terpaksa menaiki 2 bas yang melibatkan kos tambang dan masa.

 

Jenis rumah

Flat, Terrace (kebanyakan 2 tingkat), Detach, Semi-Detach dan Bungalow

 

Parking area

Biasanya rumah  mempunyai kawasan meletak kereta sendiri tetapi bagi rumah yang tiada kemudahan ini, akan parking ditepi jalan dan memerlukan ‘parking permit’.  Parking permit boleh diperolehi daripada City Councill.

6 bulan = £10,   12 bulan = £15,    18 bulan = £20

Permohonan Rumah

Setelah mendapat iklan kekosongan rumah, pemohon boleh meghubungi tuan rumah/agensi untuk mendapat maklumat lanjut atau melihat rumah(viewing).  Borang perlu dilengkapkan dan tunggu keputusan.  *Kadangkala keputusan diberikan secara langsung atau tunggu tidak melebihi 2 minggu.

 

Agreement

Setelah permohonan berjaya perjanjian perlu dibuat sebelum menduduki rumah.  Minimum perjanjian pertama ialah untuk 6 bulan.  Ini bermaksud penyewa mesti membayar penuh 6 bulan walaupun tinggal dalam tempoh tidak sampai 6 bulan dan kadar sewa tidak berubah dalam tempoh ini.  Dalam tempoh 6 bulan pertama ini tuan rumah pula tidak boleh membatalkan perjanjian.  Selepas tamat perjanjian 6 bulan pertama ini berbagai amalan dijalankan mengikut tuan rumah/agensi.  Ada tuan rumah/agensi hanya mengenakan sewa bulanan sahaja tanpa memerlukan perjanjian baru.  Ada juga tuan rumah/agensi yang memerlukan perjanjian baru (untuk suatu tempoh yang ditetapkan/dipersetujui – minimum sebulan, biasanya untuk setiap perjanjian baru memerlukan bayaran £10 sebulan).  Kadar sewa boleh  berubah semasa membaharui perjanjian.

*Ini hanya secara umum tentang perjajian kerana ia sangat bergantung/berbeza antara tuan rumah/agensi.  Ada tuan rumah tidak memerlukan perjanjian pun.

 

Syarat lain

Keluarga yang mempunyai anak 1 dan 2 memerlukan rumah 2 bilik

Keluarga yang mempunyai anak 3 dan 4 memerlukan rumah 3 bilik

*terdapat sesetengah tuan rumah tidak menerima penyewa yang mempunyai anak.

 

Rujukan :Website estate agencies

www.rightmove.co.uk

www.sequencehome.co.uk

www.gilsonbailey.co.uk

www.new-marketresidentials.co.uk

www.abbotts.co.uk

www.property-shop.co.uk

www.tops.uk.net

www.howards.co.uk

www.watsons-ea.co.uk

 

Kemudahan di kediaman UK:

 Elektrik (250V – macam Malaysia: tiada masalah peralatan elektrik)

Air (Kadar semasa atau kadar tetap – ikut lokasi)

Gas melalui paip(masak, air panas, heating system)

Telefon (BT, NTL,…)

Internet – kebanyakan pelajar guna broadband(macam streamyx di Malaysia), menggunakan talian BT atau NTL (Services Provider: BT, NTL, Tiscalli, AOL, Tele-One…)

TV-lesen £120 setahun

 

Cara pembayaran bil, sewa bulanan kebanyakan  melalui ‘Debit Card’ atau ‘Credit Card’

 

SEKOLAH DI UK

 

Persekolahan di UK

 

Tadika: Umur sehingga 5 tahun

First school: umur 5 – 7 tahun (Year 1-3)

Middle school/Primary school: umur 8-11 tahun (Year 4-7)

High school: umur 12+ – 13+ (Year 8-10 )

High school: umur 14+ – 15+ (Year 11-12 : GCSE/O-Level)

High school: umur 16+ – 17+  ( Year 13-14: AS/A-Level)

* Diploma boleh bermula selepas GCSE

 

*Bagi Tadika/First School waris mesti menghantar/ambil dipintu kelas.

*Untuk A-Level pelajar boleh ambil matapelajaran di sekolah lain sekiranya tiada di sekolahnya.

 

*** Permulaan persekolahan ialah pada 1 September

*** Umur pelajar adalah dikira pada 1 September

 

Lokasi sekolah

 

Tadika mungkin berada di bangunan sendiri atau bersama dengan bangunan First School.

First School mungkin/kebanyakannya berada berhampiran Middle School.

Sesetengah Middle School hanya sehingga Year 6 (Oleh itu bagi sekolah ini pelajarnya berpindah ke High School pada Year 7)

Bagi penduduk kawasan Norwich City dan out-skirt jarak rumah ke sekolah First School dan Middle School lebih kurang 2 km maksimum.  Jarak rumah ke High School lebih kurang 4 km maksimum. 

 

Persediaan ke Sekolah

Setiap sekolah mempunyai uniform tersendiri. Ada sekolah yang menggunakan T-shirt (putih/berwarna) dan Jumper (sweater/baju sejuk) atau ada sekolah yang menggunakan kemeja (putih/warna) dan kot/blazer.  Untuk perempuan sama ada skirt/seluar dan lelaki seluar (biasanya blue navy/hitam/grey). *Boleh dibeli disekolah.

 * Tiada sebarang yuran dikenakan.  Bagi First School alat tulis disediakan oleh pihak sekolah malahan sesetengah Middle School menyediakan alat tulis.

*Walaupun tiada yuran dikenakan pihak sekolah sering membuat kutipan, aktiviti atau lawatan berbayar.

 

Sistem Persekolahan

Setiap sekolah mempunyai kuasa autonomi dan mandatori masing-masing.

 

Tadika/First School /Middle School

Pendaftaran: Bawa anak ke sekolah yang dipilih, sekiranya terdapat kekosongan dapat terus memulakan pengajian.  Terdapat sekolah yang tidak meminta sebarang dokumen pun.  Kemasukan ke kelas hanya berdasarkan umur pelajar.  Ada sekolah yang hanya minta sijil kelahiran. (Dinasihatkan sediakan juga dokumen yang berkaitan )

 

High School

Untuk Year 8-Year 10, syarat kemasukan seperti Middle School. 

Untuk Year 11 dan seterusnya terdapat sekolah yang mengadakan ujian penempatan untuk menentukan kesesuaian matapelajaran dan Key Stage Level.  Setelah mengikuti pembelajaran pelajar kemudian akan di letakkan dalam (Top Set, Middle Set, Bottom Set) untuk setiap mata pelajaran mengikut kemampuan pelajar.

 

Rujukan;

 Education in Norfolk

www.norfolk.gov.uk

 Department for Education and Skill’s

www.dfes.gov.uk

 School performance data Ofsted’s

www.ofsted.gov.uk

 

FINANCES

 

Living Costs

Deans of Students’ office (DOS) at UEA supported students in need of financial assistance. These funds are made available to students who are seeking help towards their living costs, health, travelling ( to UEA ), etc. Some Funds available are as follows:

  • UEA Hardship Fund
  • Nursery Hardship Fund
  • Vice-Chancellor’s  Hardship Fund
  • NHS Students Grants
  • Annual Discount Bus ticket
  • Help with Health costs

Detailed information can be found on the UEA intranet. Access the information by clicking on the Dean of Students under the heading Student Links.

 

Research

Schools and faculties provide research grant for postgraduate students. Assistance for costs incurred and subsistence with regards to research work e.g; purchasing of equipments, travelling to collect data, attending conferences/seminar, etc varies from one school to another. (Note: Please check availability  and  eligibility with respective schools / faculties/ departments )

 

PELUANG BEKERJA

Peluang bekerja sambilan (part time) dan sepenuh masa (full time) di Norwich sangat terbuka kepada semua.  Pelajar hanya boleh bekerja maksimum 20 jam seminggu dan bukan pelajar (student dependent) boleh bekerja tanpa had masa.  Selain itu National Insurance Number (NI) juga perlu di pohon  di JOB CENTER PLUS (www.jobcenterplus.com) untuk setiap jenis pekerjaan. Inland revenue adalah tempat yang akan menguruskan segala Income Tax anda dan setiap tahun kewangan yang berakhir dalam bulan April, tuntutan tax boleh dibuat di pejabat Inland revenue ini yang bertempat berhadapan dengan stesen keretapi Norwich (Riverside).

 

HEALTH DECLARATION

Apabila sampai di Norwich, pelajar (dan keluarga) hendaklah mendaftarkan nama di Medical Centre UEA. Di sini pelajar akan diberitahu oleh jururawat, apakah tindakan selanjutnya yang harus dilakukan. 

 

MAKLUMAT UMUM

Pakaian:

Summer (20ºC hingga 32º)               : pakaian panas

Autumn/Spring (10ºC hingga 19ºC) : T-shirt dan Jumper, stokin.

Winter (-10ºC hingga 9Cº)               : T-shirt, Jumper dan Baju sejuk tebal, stoking tebal.

 

Makanan

Makanan keperluan harian biasanya dibeli di supermarket seperti Asda, Morisson, Tesco, dan Roys.

Makanan halal (ayam, daging lembu/kambing/biri-biri, burger, sosej etc) boleh dibeli di West Earlham Mini Market,  Shah Jalal Halal, Asda, Spice land, Superfresh Halal.

Maklumat lanjut boleh rujuk dalam UEA Islamic Society (http://www.uea.ac.uk/~gs692/)

 

Leisure

Leisure/shopping di kawasan sekitar Norwich:

(a)        Primark/Debenham/Chapelfield Shopping Centre/Castle Mall

(b)        Car boot sale. Biasanya diiklankan dlm suratkhabar. Contohnya dlm Eastern Daily Press (http://new.edp24.co.uk)

(c)        ‘Picking’ (@petik) buah-buahan spt epal, plum, strawberry etc. di White House Farm, Sprowston. ‘Picking’ hanya pada musim summer saja.

(d)        Melawat sekitar Europe boleh melalui Kelana Konvoi (http://www.kelanaconvoy.co.uk)

 

Barangan dari Malaysia

Makanan

Jika anda merindui masakan dari Malaysia, harap bawa bahan-bahan berikut:

Ikan bilis, cabai kering, ikan kering, maggi, agar-agar, rempah gulai, rempah ratus, serbuk sup, serbuk cabai, belacan, asam jawa, asam gelugur,  etc…

 

Ubat-ubatan

Bawa ubat-ubatan yang selalu digunakan (panadol, ubat batuk, selsema, vicks, minyak cap kapak, minyak gamat, minyak urut, minyak angin, minyak telon (bayi),…). 

 

Peralatan

Paling penting bawa rice cooker.

Komputer: *bawa laptop (terutamanya software penting)

 

Kos pos dari Malaysia ke UK

melalui Pos Malaysia : pos laju- 1 kg = RM80 (3-5 hari), sea mail – 20 kg = RM116 (1 bulan – 6 bulan; biasanya 1 ½  bulan dah sampai)

 Disediakan oleh Pelajar -Pelajar Malaysia di Norwich September 2006

 *boleh diperolehi di laman web http://www.geocities.com/kpmnorwich

Posted by Maheran

Responses

  1. salam ramadhan kepada semua warga malaysia di uk…Boleh tolong sebarkan kemudahan perkhidmatan pengangkutan, pemindahan (removal within uk), shipping door to door, kontena dan banyak lagi sevice yang kita tawarkan…sila layari laman web http://www.crownaceuk.com…many thanks..

    • kami telah mewar2kan kemudahan perkhidmatan pemindahan tersebut. terima kasih

  2. Saya dah lama dok cari maklumat ni utk dimasukkan dalam website Malaysian Coventry Society.

    Jadi, saya dengan ini minta kebenaran utk guna maklumat ni utk post dalam site kami. Of course setengah info tu akan disesuaikan mengikut keadaan di sini..
    Wassalam

    • Saudara dia alu2 kan menggunakan maklumat di dlm blog mengikut kesesuaian, dan jika tidak menjadi keberatan, tag la blog kami sekali, supaya lebih ramai viewer mendpt info mengenai Norwich secara amnya. Thanks


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: